Latest Post

Top 3 Pekerjaan Freelance Yang mendapat bayaran tinggi Di Malaysia pada tahun 2018

3 Pekerjaan Freelance Yang mendapat bayaran Paling tinggi

Top 3 Pekerjaan Freelance Yang mendapat bayaran Paling tinggi Di Malaysia pada tahun 2018 | Freelance mungkin menjadi pekerjaan impian pada semua orang. Ini adalah kerana, masa pekerjaan yang fleksibel berbanding perlu bangun awal pagi dan pulang lewat petang yang mana lazimnya bagi mereka yang makan gaji. Freelance adalah pekerjaan yang membolehkan kita memutuskan bila jam bekerja yang kita mahukan dan dimana kita mahu bekerja!

Mungkin ada yang tidak tahu, pekerjaan ini mampu memberikan pendapatan sehingga 4 angka (atau lebih)!

 Seronokkan? Bekerja dengan gaji yang besar di samping ada banyak “masa” dengan keluarga? Apa yang penting adalah, memilih sesuatu kerja dengan betul. Dan sayangnya tidak semua orang mempunyai sumber yang baik. Dan hari ini, kami ingin kongsikan dengan semua, Top 3 Pekerjaan Freelance Yang mendapat bayaran Paling tinggi Di Malaysia pada tahun 2018!

#1. Pemandu pelancong.

Ada seorang rakan kami, hobinya sebelum ini suka melancong. Dah macam-macam negara dia travel, bersama rakan-rakan dan seorang diri. Dan berdasarkan pengalaman yang dia ada, dia kini menyediakan servis membawa mana-mana rakan atau kumpulan yang ingin melancong ke tempat-tempat yang ingin diingini. Daripada suka-suka, ianya kini memberikan pendapatan yang sangat lumayan! Tengok negara orang dah tentunya seronok, lebih seronok bila dapat pendapatan yang besar!

Ramai sebenarnya yang tidak tahu, menjadi pemandu pelancong adalah sesuatu pekerjaan yang sangat lumayan. Kelebihan kita mengenai sesuatu tempat, jalan-jalan pintas, lokasi rahsia dan yang lebih menarik, kedai-kedai makan terbaik! Ceritakan sejarah korang dan senaraikan laluan dan aktiviti menarik mengenai sesebuah lokasi, korang dah boleh terus jana pendapatan!

#2. Pemandu Kereta Sewa Peribadi.

Samada korang perasan atau tidak, banyak servis yang membenarkan kita menjadi pemandu kereta sewa. Contohnya, uber. Tak dinafikan, ada pemandu uber yang meraih pendapatan 4 angka sebulan hanya dengan bermodalkan kereta sendiri! Dari hari ke hari, permintaan semakin meningkat dan semakin ramai rakyat malaysia yang mula melihat potensi pendapatan yang tinggi daripada sini.

Apa yang menariknya mengenai pekerjaan ini adalah, korang boleh buat secara sambilan. Dan potensi untuk meraih pendapatan 4 angka sebulan adalah sangat tinggi! Jadi apa tunggu lagi? Daftar sekarang dan mula jana pendapatan 4 angka!


#3. Content Marketing/Penulisan.

Mungkin ramai yang tidak tahu, penulisan mampu memberikan pendapatan yang sangat lumayan! Menulis sesuatu yang kita suka dan apa yang orang mahukan mampu memberikan pendapatan yang sangat lumayan! Tidak perlu berada pejabat, tidak perlu ikut waktu bekerja, dan korang boleh menulis di mana sahaja yang korang inginkan!

Dan jika rezeki korang luas, bukan sahaja boleh jana pendapatan yang besar, tapi boleh dapat peluang melancong secara percuma! Bukankah itu menjadi idaman semua orang? Jadi apa tunggu lagi? Mulakan daripada sekarang! Boleh mula secara percuma sahaja dengan medium blogspot dan juga youtube!

Tiada ulasan